Selamat Datang ke Sistem Online Helpdesk PKK (OHP)

Sistem Online Helpdesk PKK (OHP) dibangunkan agar pengurusan aduan pengunaan infrastruktur dan kemudahan di PKK dapat diuruskan dengan lebih cepat dan efisyen. Pengguna perlu mengisi maklumat aduan dengan lengkap agar proses penyelesaian masalah akan menjadi lebih mudah. OHP akan mewujudkan nombor aduan yang berbeza bagi setiap aduan yang dihantar. Nombor aduan akan diberikan melalui emel pengadu bagi membolehkan aduan disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, pastikan akaun emel yang sah sahaja dimasukkan.